13 Mei datang lagi. Dari setahun ke setahun, umur semakin bertambah.
Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kehidupan sehingga ke saat ini. Hari ni aku jadi sedikit emosi dan sentimental. Terkenang-kenang semua kenangan manis dan pahit yang dilalui sejak dilahirkan hingga ke saat ini.
Ya, rezeki Allah tak pernah putus dalam kehidupan aku. Syukur pada Mu Ya Allah kerana mengurniakan kehidupan sebegini walaupun kadangkala aku jatuh dan pernah kecewa. Still, Allah pelihara dan beri nikmat-Nya yang tak terhingga.
Jauh disudut hati aku memohon agar doa-doa Mak, Abah, Family dan kawan-kawan dimakbulkan.
Sesungguhnya aku tak sempurna, tapi bila menerima ucapan selamat dan juga doa buat hati aku tersentuh.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tak putus-putus mendoakan serta menceriakan hari-hari saya. Terima kasih sebab hadiahkan sejambak bunga kegemaran saya. Kebaikan hati dan ingatan kalian, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Sempena hari lahir aku pada hari ni, aku hanya mahu doakan yang baik-baik sahaja. Aku sendiri tak pasti dengan hala tuju masa depan aku. Cuma, aku berharap agar semuanya dipermudahkan Allah s.w.t. Doa aku juga moga ada jodoh aku satu hari nanti. 10 tahun lalu aku dah rasa manis, pahit, suka, duka, kecewa, sedih. Dan aku harap 10 tahun akan datang, ada rezeki yang lebih baik daripada 10 tahun yang lalu.
Sungguh, kenangan itu sentiasa menjengah. Tapi, apakan daya, tiada siapa mampu untuk melawan takdir Allah. Redha dan terus redha.
Rindu datang lagi.